9 April 1948 – Deir Yasin yang Hilang

Pagi-pagi lagi sudah berlaku hiruk-pikuk di Deir Yasin.  Tarikh pada hari itu adalah 9 April 1948. Kumpulan Haganah bersama-sama Irgun, diketuai oleh Menachem Begin dan Stern Gang telah menyerang kampung yang dipenuhi penduduk seramai hampir 750 orang.

Deir Yasin adalah bumi yang tidak termasuk di dalam pengawasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan atas sebab itu tanah tersebut dipilih sebagai tempat terawal untuk serangan tentera Zionis – sebelum dimasukkan di dalam peta bumi haram Israel. Terletak di tanah tinggi di antara Tel Aviv dan Jerusalem, Deir Yassin dengan keadaan semasa itu yang strategik telah menjadi sasaran, sebagai jalan pembuka ke arah tanah Baitul Maqdis yang mereka idam-idamkan selama ini. 

Sekitar 100 orang telah dibunuh pada tengahari itu, sejak operasi ‘pembersihan’ dimulakan dari pagi. Separuh daripada mereka ialah golongan yang lemah iaitu para ibu dan kanak-kanak. 25 orang lelaki lain pula, telah dimuatkan di dalam sebuah trak sebelum dibawa ke Zakhron Yusuf berhampiran dengan Jerusalem, diaturkan sebaris di hadapan sebuah bangunan sebelum ditembak mati begitu sahaja. Sebahagian penduduk Deir Yasin telah dibawa ke bumi timur Arab di Jerusalem, dan sebahagian lagi .. melarikan diri tanpa mengetahui bilakah waktu pulang ke tanah air sendiri.Givat Shaul, sebuah tanah yang didiami penduduk Israel – terletak betul-betul berhampiran dengan Deir Yasin.

Sebelum tragedi ini berlaku, penduduk Arab di Deir Yasin telah pun mengikat perjanjian damai dengan penduduk Israel di Givat Shaul, agar tidak berlaku sebarang serangan dan pertumpahan darah. Akan tetapi, menurut keratan akhbar New York Times pada 10 April tahun itu, para tentera Haganah hanya memberi amaran tentang kedatangan mereka melalui corong pembesar suara kepada penduduk kampung itu.

Ibu-ibu mengandung dipaksa bersalin, dirodok janin-janin mereka lalu dipaksa untuk melihat anak-anak mereka dibunuh mati. Anak-anak kecil yang sepatutnya membesar dalam keadaan aman dan bahagia, menjadi trauma kerana pembunuhan ahli keluarga sendiri berlaku di depan mata.

 13 April, New York Times sekali lagi mengeluarkan liputan tentang Deir Yasin. Seramai 254 orang telah dibunuh – satu maklumat yang dinafikan ketua tentera Haganah dengan mengatakan bahawa bilangan yang meninggal tidak pun melebihi 120 orang. Sudah tentu ini bukanlah perkara yang mengejutkan kerana kita sudah maklum bahawa sikap mereka ini tidak akan berubah dari zaman berzaman, dari generasi ke generasi. Memang kelihatan sedikit bilangan umat Islam yang syahid di sini, tetapi kita harus memikirkan konsekuensi peristiwa ini yang sangat besar.

Kisah Deir Yasin ini sebenarnya adalah antara pemula langkah Zionis untuk memperbesar dan menguasai tanah jajahan Israel Raya mereka. Orang-orang Zionis Ortodoks daripada Poland, Slovakia dan Romania yang kononnya didakwa merana akibat Holocaust oleh Nazi satu masa dulu, menjadikan ‘kisah kesengsaraan’ mereka sebagai lesen untuk melakukan kezaliman ke atas umat Islam. Mungkin benar mereka pernah diperlakukan kezaliman, tetapi kezaliman yang mereka lakukan kepada umat Islam kita, adalah melebihi kekejaman yang pernah diterima mereka! 

Mereka ini tidak akan pernah redha dengan ketauhidan manusia, sehinggalah manusia menyimpang daripada agama yang suci ini. Allah telah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 120, “Dan tidak akan sekali-kali meredhai kamu, orang orang Yahudi dan Nasrani – sehinggalah kamu mengikuti ajaran mereka..” Nah! Ini lah kisah saudara kita hampir 63 tahun lalu. Nama Deir Yasin terpadam daripada peta dunia, tapi nama ini takkan sekali-kali terpadam daripada hati umat Islam.

 Adakah kita masih meredhai diri kita berehat-rehat di rumah dan bergelak ketawa menonton movie? Atau, bersenang lenang memikirkan apakah makanan enak yang masih belum dimakan hari ini? 

Duduk sejenak dan fikir-fikirkan. 

Nabilah binti Mohd Yaakob

Tahun 3 Pergigian

Jordan University of Science and Technology

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s