Jiddiyyah Jalan Kita

“antum nak tau sesuatu tak?”

“apa?”

“mereka buat itu dan ini. menarik kan? kenapa kita tak buat macam tu?”

“sebab kita buat kerja bukan sebab ikut orang. tapi kerja2 kita atas dasar tarbiyah bil ahdaf”

**********

Terdiam sekejap. Ya, sangat betul. Tujuan asal kembali dipasak. Terima kasih  sahabat atas peringatan.

Benar, kalau boleh memang kita mahu buat semua amal-amal kebaikan sebab kita nak jadi  golongan orang-orang beriman yang berlumba melakukan amal-amal soleh seperti yang disebut oleh Allah..

“Dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka; Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhan mereka; Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka; Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya.” [al-mu’minun: 58-61]

Kadang-kadang dalam nak mengejar banyak benda, kita lupa dengan matlamat utama kita. Nampak orang tu buat macam tu kita pun nak buat macam tu, nampak orang ni buat macam ni, kita pun nak buat benda yang sama. Mana pergi matlamat dan tujuan kita? Bukan kah lebih baik kita fokus dengan apa yang kita ada dan apa yang sedang kita buat? Biarkan mereka dengan kerja-kerja mereka, dan kita teruskan kerja-kerja kita. Dan secara tak langsung, kerja-kerja yang dibuat tidak kira oleh pihak mana-mana turut membantu melengkapi antara satu sama lain.

Maka, tidak dapat tidak.. pastikan kita fokus dengan kerja-kerja kita! Laksanakan kerja-kerja dakwah ini dengan sungguh-sungguh serta penuh jiddiyah. bukankah kita ruh baru yang mengalir di jasad-jasad ummah?

Mencontohi sifat jiddiyyah sang semut

Tuntutan jiddiyyah

Pertama, kenapa jiddiyyah ini penting?

Kita boleh tengok pada kata-kata Saidina Ali bin Abi Thalib yang agak popular ini :

[ al-haq yang tidak dilaksanakan dengan baik akan dikalahkan dengan al-batil yang tersusun dengan baik ]

Kemudian, apa pula syarat-syarat jiddiyah tersebut?

1- segera memberi respon (instant)

(( rasul (Muhammad) beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya (al-quran) dari Tuhan-Nya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semua beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya,kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya.dan mereka berkata, “kami dengar dan kami taat. Ampunilah kami ya Tuhan kami, dan kepada-Mu tempat kami kembali.” )) [ 2:285 ]

Dan seperti kisah2 sahabat yang terdahulu yang bersegera membuang jahiliyyah lantas memparadigmakan anjakan.

Contohnya, ketika turunnya ayat pengharaman arak –
Kota madinah tika itu dikatakan terus dibanjiri arak seperti sungai, akibat pembuangan simpanan arak dalam rumah masing-masing.

Begitu juga ketika turunnya hukum menutup aurat-
Lantas kain-kain langsir yang ada tika itu terus dicapai dan dijadikan pakaian sebagai penghijab aurat.

Walau sekalipun, mereka tidak ragu-ragu untuk mempertimbangkan hukum-hukum Allah tersebut atas dasar kami dengar dan kami patuh.


2- keazaman yang sangat kuat

((dan sungguh telah kami pesankan kepada Adam dahulu, tetapi dia lupa, dan kami tidak dapati kemahuan yang kuat padanya )) [ 20:115 ]

Ini adalah perihal pelanggaran perintah Allah oleh nabi Adam tika baginda mendekati pokok larangan (2:35)

Tidak dapat tidak, keazaman yang kuat menjadi syarat dalam jiddiyah.

3- thabat dan istiqomah

((tidak ada musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya.dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu)) [ 64:11 ]

(( apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan (begitu sahaja), padahal Allah belum mengetahui orang-orang yang berjihad antara kamu dan tidak mengambil teman yang setia selain Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman. Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan)) [ 9:16 ]

(( katakanlah (Muhammad), “tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakkallah orang-orang yang beriman)) [9:51]

((dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu)) [ 47:31 ]

Jika kita perhatikan, ayat-ayat di atas menunjukkan ujian atau musibah yang ditimpakan merupakan satu ketentuan sejauh mana iman kita, jihad, kesabaran, kesetiaan serta kebergantungan (tawakal) kita kepada Allah.

Dan sudah tentu bagi orang yang jiddiyyah akan terus thabat dan istiqomah dalam jalannya menuju Allah.

4- mengerahkan / menggunakan segala potensi yang ada sepenuhnya serta sanggup bekorban apa sahaja untuk mencapai matlamat

((tidak! Barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati)) [ 2:112 ]

Ini bermakna kita akan tetap berusaha selagi kita mampu untuk melaksanakan dan tidak terus menyerah kalah. Tidak pula patah langkah bila cabaran mendatang, dan tidak takut bila ancaman menimpa.

5- menghilangkan segala halangan atau alasan yang boleh membantutkan sesebuah perlaksanaan

((sekiranya (yang kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, nescaya mereka akan mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu terasa sangat jauh bagi mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah. “Jikalau kami sanggup nescaya kami akan berangkat bersamamu” mereka membinasakan diri sendiri dan Allah mengetahui bahwa mereka benar-benar orang-orang yang berdusta)) [ 9:42]

((sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu (Muahammad), hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan hati mereka ragu, kerana itu mereka selalu bimbang dalam keraguan)) [9: 45]

Orang yang tidak jiddiyyah akan senantiasa mencari-cari alasan untuk mengelakkan keterlibatan mereka dalam sesebuah perlaksanaan. Manakala orang yang jiddiyyah akan berusaha mengelakkan berlakunya penciptaan alasan-alasan, kerana mereka memahami bahawa sekali belajar mencipta alasan, sekali itu mereka belajar untuk menipu.

Tanda-tanda orang jiddiyyah

1- menjaga/ peka dengan waktu

((demi masa; sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran))[103:1-3]


2- beserdahana dalam bergurau senda

Kita disarankan agar lebih serius dan fokus dalam bekerja. Senda gurau hanyalah sebagai hiburan di kala kemurungan sahaja.

(janganlah kamu banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang tidak kenal gurauan)

[ hassan al-banna ]


3- mengambil / memilih mana yang lebih berat

Berkata nabi Yusuf a.s sementelah keluar dari penjara:

“ jadikanlah aku bendaharawan (menteri) Mesir..sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga lagi berpengetahuan ”

‘berat’ yang dimaksudkan di sini adalah termasuk segala kerja2 yang menuntut pengorbanan atau apa sahaja selagi kita mampu untuk memikulnya.

4- melaksanakan tanggungjawab dengan segera

((kami dengar dan kami taat)) [2:285]


5- muhasabah diri

Pastikan kita sentiasa muhasabah diri dan amal-amal kita agar pembaikan sentiasa dilakukan. Mohonlah keampunan kepada Tuhan atas kecuaian dan sentiasalah berusaha untuk menjadi yang lebih baik.

Dengan ini, mari kita terus fokus dengan kerja-kerja kita dengan penuh jiddiyyah.

[ antum ruhul jadidah tajri  fi jasadil ummah ]

–hassan al-banna –

Oleh ;

Nabilah Huda Zaim

Tahun 3 Fiqh Wa Usul

Universiti Yarmouk

One thought on “Jiddiyyah Jalan Kita

  1. tahniah artikel yang menarik. lebih baik mungkin boleh terangkan di awal, ma makna jiddiyah? dari segi bahasa, juga dari segi istilah? untuk kami di aliran sains , atau orang-orang kebanyakan lain yang tak tahu pun bahasa arab?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s