Bilakah akan bersatu?

Perkembangan politik yang berlaku di negara ini masih tidak menampakkan akan apa-apa perubahan. Sikap “winners-take-all” masih sangat menebal. Bermula dengan kemelut kerajaan Perak sehinggalah isu perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor baru-baru ini membayangkan betapa perubahan yang diidam-idamkan oleh rakyat mungkin akan tinggal mimpi sahaja. Yang menang akan terus menguasai dan menindas yang kalah.

Akhirnya yang akan menjadi mangsa adalah rakyat jelata. Rakyat menjadi keliru tentang matlamat perjuangan mereka; adakah untuk membawa keadilan dan kemakmuran atau hanya sekadar untuk mendapat kuasa supaya dengan  itu mereka boleh berbuat sesuka hati mereka sahaja.

Kalau masyarakat Barat sudah boleh menerima sikap bekerjasama antara parti-parti pemerintah dan pembangkang seperti di Australia, di Britain, di Amerika, dan kini dikatakan mungkin juga di Sudan, maka apakah ia terlalu sukar bagi masyarakat Timur untuk menerimanya?

Ketika rakyat dibebankan dengan pelbagai kenaikan harga, kesempitan hidup, masalah sosial yang berleluasa, kes-kes pembunuhan, rompakan, merempit, dadah dan sebagainya maka amat malang apabila dada-dada akhbar dipenuhi dengan berita-berita pertelagahan antara parti-parti politik. Tidak ada yang dapat difikirkan melainkan semuanya kerana masing-masing takut kehilangan kuasa yang dimiliki. Ini kerana katanya dengan kuasa itu mereka boleh memberikan kebaikan kepada rakyat tetapi sehingga kini ia masih jauh untuk dirasai.

Kalau satu ketika dahulu zaman penjajahan mereka pernah bersatu untuk kemerdekaan, begitu juga ketika peristiwa hitam 1969 mereka juga boleh bersatu untuk menaikkan ekonomi bangsa, maka apakah mungkin negara ini memerlukan satu lagi peristiwa besar yang mengorbankan nyawa rakyatnya maka baru parti-parti politik bersatu?

Mungkin itu saja jawapannya… untuk mencapai politik baru.

“MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT”

Oleh;

Aminuddin Yahaya,
Setiausaha Agung,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

blog : Suara Dari Gunung

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s