BESI menutup tirai 2010

IRBID – Biro Dakwah dan Kebajikan ISMA Jordan akhawat mengakui program ini telah memberi impak positif kepada peserta sebaik menerima komen salah seorang mereka. Katanya; ‘saya mahu menjadi rijal yang diperlukan ummah!’

Program yang dinamakan sebagai BESI (Bermulanya Sejarah Ini) telah diadakan pada akhir Disember 2010 lalu, bertujuan untuk menyingkap kembali sejarah jatuh naik umat Islam sejak zaman berzaman. Di samping itu, program ini turut meletakkan objektif utamanya dalam menanamkan betapa penting tarbiyyah dan penggabungan diri serta tenaga bersama Islam, dalam membina bangunan ummah.

Program ini telah mendapat sambutan hangat sehingga pihak penganjur  mengadakan dua sesi untuk memenuhi permintaan para peserta. Dimulakan dengan sesi mengenang kembali tujuan penciptaan manusia di dunia, slot seterusnya disambung dengan sirah Rasulullah s.a.w semasa fasa Makkah dan diikuti dengan Madinah.

Setelah itu, kisah kehebatan 4 khalifah yang biasa didengari mahupun yang jarang-jarang diceritakan turut dibongkar pada sesi keempat. Sesi kelima menyaksikan kebangkitan umat Islam yang lebih pesat semasa zaman khilafah Umayyah dan sebelum Abbasiyah diserang oleh tentera Mongol. Sesi kedua akhir yang mendedahkan kisah zaman Uthmaniyah yang menjadi benteng terakhir umat Islam pada masa itu telah menjadi kemuncak program BESI 2010.

Titik terpenting program ini tergantung pada slot terakhirnya, iaitu analisa keadaan umat hari ini dan apa tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan. Tidak dapat tidak, kita harus mendidik satu persatu peribadi muslim hari ini demi kegemilangan umat masa depan. Kita semua percaya jalan ini biarpun lambat, tapi ia terjamin. Kita redha jika kemenangan agama Islam yang bakal bangkit, tidak berlaku pada masa umur kita, kerana kita yakin kita hanya lah mata rantai perjuangan dari rantai-rantai perjuangan yang telah sekian lama disambungkan.

Mudah-mudahan kita benar-benar menjadi rantai-rantai tali perjuangan yang membangkitkan agama ini.

Gambar sekitar program :

Beberapa games yang telah dijalankan :

Menu yang menyegarkan para peserta sepanjang program :

Hasil program BESI 2010 akhawat :

One thought on “BESI menutup tirai 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s