ISMA Jordan hantar wakil ke Kursus MBO

Amman, Jordan – Pada 23 – 25 Disember baru-baru ini bertempat di Hotel Palmyra, Amman telah diadakan satu kursus Management by Objective, MBO (Pengurusan Berobjektif). Kursus tersebut yang dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri Malaysia dengan kerjasama Jabatan Penuntut Malaysia Jordan (JPMJ) dan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ). Beberapa panelis terkemuka telah hadir untuk memberi penyampaian masing-masing iaitu;

  1. YB Dato’ Dr Mashitah Ibrahim (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
  2. Profesor Dr. Redzuan Othman (Jabatan Sejarah, Fakulti Kesenian & Sains Sosial)
  3. Profesor Dato’ Dr. Muhammad Yusof Hj Othman (Pengarah Institut Islam Hadhari, UKM)
  4. Dato’ Md Shariff Shamsudin (Pengarah Urusan Asturi Metal)
  5. Tuan Hj. Zainur Rijal Abu bakar (Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia)

Wakil ISMA Jordan, Aiman Rosli bersama Prof Dato Dr Muhammad Yusof Hj Othman

Seramai lebih kurang 200 orang mahasiswa Malaysia dari seluruh Jordan telah menyertai kursus selama 2 hari tersebut. Dalam kursus tersebut juga, ISMA Jordan telah menghantar wakilnya, saudara Aiman Bin Rosli iaitu Ketua Biro Media ISMA Jordan supaya input-input positif dari kursus tersebut dapat dimanfaatkan dalam aktivisme ISMA Jordan dan juga sebagai satu komitmen ISMA Jordan untuk bersama-sama dengan masyarakat pelajar di Jordan dalam mendokong usaha-usaha murni membina generasi mahasiswa & graduan yang peka dan jelas dengan isu-isu semasa serta memahami peranan yang perlu dilaksanakan.

Sesi fotografi para peserta lelaki bersama barisan panelis kursus MBO

Beberapa slot yang telah dibentangkan ialah seperti berikut;

  1. Masyarakat Melayu dalam Gagasan 1Malaysia (Prof Dr. Redzuan Othman)
  2. Transformasi: Faktor Utama Kejayaan 1 Malaysia (Prof Dato Dr Yusof Hj Othman)
  3. Graduan harapan: Menangani Isu-isu Semasa (YB Dato’ Dr Mashitah Ibrahim)
  4. Peranan & Ekspektasi Pelajar Timur Tengah selaku Ulama (Prof Dr Redzuan Othman)
  5. Kongsi Rahsia menjadi Jutawan Berjaya (Dato’ Md Shariff Shamsudin)
  6. Gagasan 1 Malaysia dari sudut perundangan Islam (Tuan Hj Zainur Rijal Abu Bakar)
  7. Hak & Tanggungjawab Pemimpin & Rakyat (Prof Dato’ Dr Yusof Hj Othman)

Secara umum, beberapa intipati utama kursus tersebut yang dapat digariskan ialah;

  1. Kefahaman tentang sejarah amat penting dalam mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia
  2. Sikap saling memahami dan tolak ansur antara kaum-kaum utama juga merupakan satu elemen yang penting dalam mewujudkan perpaduan rakyat Malaysia
  3. Transformasi dalam segenap aspek merupakan satu tuntutan yang mendesak di zaman kini dalam mencapai kegemilangan dan kejayaan serta kemajuan negara
  4. Kepentingan mahasiswa-mahasiswa Malaysia di Jordan dalam mengambil peduli dan memahami isu-isu semasa
  5. Kepentingan mahasiswa-mahasiswa di Jordan memahami peranan semasa serta bertindak secara proaktif dalam melaksanakannya
  6. Mahasiswa Malaysia di Timur Tengah perlu memainkan peranan yang proaktif dalam menjana program transformasi negara sebagaimana mahasiswa Malaysia dari Timur Tengah di zaman pra kemerdekaan
  7. Ekonomi dan bidang perniagaan merupakan satu peluang dakwah & strategi yang bijak untuk menjana transformasi masyarakat Malaysia

ISMA Jordan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Penuntut Malaysia Jordan (JPMJ) dan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) di atas penganjuran program yang cukup bermanfaat. Semoga program-program seumpama ini akan dapat dilaksanakan lagi di masa-masa hadapan.

Sekian.

Disediakan oleh,

Aiman Bin Rosli
Wakil ISMA Jordan
Kursus Management By Objective (MBO) 2010

One thought on “ISMA Jordan hantar wakil ke Kursus MBO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s