Sekitar COSMIC2010

Mujamma’ Naqobat, Irbid – Pada 17 Disember 2010 baru-baru ini, bertempat di Dewan Auditorium Yahya ‘Ayyash, Mujamma’ Naqobat, Irbid, satu kursus kemahiran media telah pun berjaya dianjurkan. Kursus ini yang dinamakan Course for Basic Media & Publication Skills (COSMIC2010) telah dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia Jordan (ISMA Jordan) & Sulbah Incorporation dengan kerjasama Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan Jordan (BKMNS).

COSMIC2010 dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis, kemudiannya diteruskan oleh ucapan daripada Pengerusi ISMA Jordan, saudara Muhammad Syamil Mohamad Salmi. Dalam ucapan beliau, saudara Syamil telah menyatakan bahawa tugas-tugas dakwah pada zaman kini memerlukan media sebagai salah satu wasilah memandangkan posisinya dalam masyarakat yang cukup besar. Selain itu juga beliau melontarkan cabaran kepada para peserta untuk proaktif dalam mewujudkan media alternatif yang lebih islamik kerana media sedia ada masih dikuasai oleh elemen-elemen Barat yang negatif.

Seramai hampir 50 orang peserta telah menyertai kursus tersebut selama hampir 4 jam yang mengandungi dua modul utama iaitu Adobe Photoshop CS4 dan Pembangunan Laman Web (Web Development). Kedua-dua modul ini telah pun disampaikan oleh saudara Aiman bin Rosli yang merupakan Ketua Biro Media ISMA Jordan yang juga merupakan ahli grup designer PEMBINA (Persatuan Belia Islam Nasional).

Di penghujung modul Adobe Photoshop CS4, para peserta telah diminta untuk menyiapkan satu rekabentuk dalam tempoh 30 minit untuk memastikan para peserta memahami modul tersebut dengan lebih baik. Hasil karya para peserta kemudiannya diadili dan 3 karya terbaik telah dipilih untuk menerima penghargaan.

Pada penghujung kursus ini, YDP BKMNS, saudara Muhammad Syafiq bin Abdul Rahman dalam ucapan beliau telah memberi suatu perumpamaan yang cukup menarik. Beliau menggambarkan bahawa daie yang melaksanakan amal dakwah ini seumpama mawar yang wangi yang mana keharumannya disukai oleh manusia & makhluk lain. Beliau juga berpesan bahawa dakwah ini adalah suatu jalan yang pasti dipenuhi dengan cabaran & dugaan, maka para duat seharusnya menyedari hakikat ini dan tabah serta terus komited dalam melaksanakan tugas dakwahnya.

Alhamdulillah COSMIC2010 telah pun berjaya dianjurkan dengan baik dan lancar. Majoriti para peserta juga memberi komentar yang positif walaupun masih ada beberapa aspek yang boleh dipertingkatkan. Para peserta juga mengharapkan program-program seumpama ini dapat dianjurkan lagi di masa-masa hadapan.

Biro Media
ISMA Jordan

> Koleksi Penuh Foto COSMIC2010

One thought on “Sekitar COSMIC2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s