Dari Dapur : Popia dan Tiramisu

Irbid, Jordan – Pada hari jumaat lepas, sebuah program masak-masak telah diadakan bagi melatih akhawat untuk turun ke dapur di samping dapat mengeratkan ukhwah. Aktiviti ini yang diadakan seawal jam 2 petang, dimulakan dengan kehadiran sahabat-sahabat yang datang untuk menuntut ilmu dengan seorang chef terkemuka yang tidak asing lagi dalam kalangan akhawat.

Bagi mengisi pertemuan ini, para peserta turut disaji dengan pengisian tazkirah berbentuk video yang berkisar mengenai seorang sahabat Nabi s.a.w yang dijamin masuk syurga hanya kerana satu amal; mudah memaafkan orang. Video yang bertajuk ‘ A Man From Jannah ‘ ini boleh dicari di Youtube untuk tatapan semua.

Setelah itu, akhawat dijamu pula dengan hidangan yang telah mereka siapkan tadi sebelum pulang membawa ilmu baru dan kenangan manis bersama.

Komen salah seorang peserta program kali ini;

“Alangkah seronoknya jika dapat dibayangkan, menu yang kita masak hari ini..adalah menu yang sama kita masak 10 tahun akan datang. Segalanya bermula dengan tarbiyah hari ini.’

Tiramisu

Bahan :-

(untuk satu loyang besar 15 org makan)

  • Whipping cream 400ml (kami pakai serbuk cream+400ml susu)
  • Cream cheese 200gm
  • Gula 1/2 cawan (kalau whipping cream tanpa gula, jadikan gula 1 cawan)
  • Serbuk koko/kopi – ikut citarasa
  • Biskut marie secukupnya – anggaran 1 bungkus 200gm
  • Sedikit air suam untuk bancuh koko/kopi

1- Bancuh koko/kopi dalam sedikit air. Celupkan biskut marie dan letak atas loyang untuk dijadikan base tiramisu (tak perlu rendam untuk elak biskut hancur). Jadikan satu lapisan biskut
2- Pukul cream cheese bersama gula sampai kembang, ketepikan.
3- Pukul whipping cream sampai kembang bertanduk dan gaul bersama cream cheese tadi.
4- Letak sedikit adunan cream di atas base biskut, tabur sedikit serbuk koko/kopi. Lapiskan dengan biskut marie yang telah dicelup koko/kopi sekali lagi. Tutup biskut dengan adunan cream dan ulangi lapisan sampai cream/biskut habis. Pastikan lapisan paling atas adalah cream.
5- Tabur serbuk koko/kopi di atas kek tiramisu.


Popia

Bahan :-

(50 keping)

  • 400gm daging kisar
  • 400gm mixed vege
  • 3 biji bawang besar
  • 1 sudu black pepper
  • garam secukupnya
  • sedikit minyak untuk menumis
  • kulit popia
  • sedikit bancuhan tepung gandum untuk lekatkan kulit popia

1- Bawang dipotong dadu.
2- Tumis sampai bawang lembut. Kemudian, masukkan daging dan goreng sampai masak. Tambahkan mixed vege dan gaul sebati.
3- Masukkan black pepper dan garam secukup rasa. Siap!
4- Balut dan goreng.

Semoga kita dipertemukan Allah Ta’ala dalam ketaatan dan ukhuwah yang lebih hangat daripada biasa. Insya Allah. Selamat mencuba resepi ini di rumah masing-masing!

3 thoughts on “Dari Dapur : Popia dan Tiramisu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s