Daie adalah Cermin & Model bagi Dakwahnya

Tidak dapat disangkal lagi hubungan erat antara sang Daie dan dakwah yang diserunya. Hubungan erat antara Daie dan dakwah sentiasa terpahat di minda manusia. Seorang Daie menjadi saksi untuk dakwahnya. Ia menjadi persaksian yang kadang-kadang menyebabkan manusia menerima seruan dakwahnya atau menolak seruan tersebut.

Manusia yang menerima seruan dakwah berasaskan keyakinan pada prinsip-prinsip yang diyakini amat sedikit pada masakini sedangkan ramai manusia selalunya berinteraksi dengan mereka yang memegang kepada prinsip atau dengan jurubicara prinsip tersebut.

Jika prinsip atau mabda’ kuat, murni maka komitmennya tinggi dan jalan mencapainya amat sukar. Begitulah Islam yang mengandungi segala kewajipan dan taklif telah menjadikan mujahadah sebagai jalan untuk mencapai kedudukan tertinggi, berterusan tidak lemah dan terputus.

Analoginya jika Sang Daie jauh dari komited (iltizam) dengan kewajipan Islam maka ia akan menjadi objek fitnah dan menjauhkan manusia dari agama Allah, memutus jalan untuk membawa manusia menerima seruan risalahnya.

Model atau contoh terbaik dalam hal ini ialah para sahabat r.a. Mereka mempamerkan model terbaik tentang Islam dan dakwah yang mereka seru. Kesannya manusia tertarik dengan seruan dakwah yang disampaikan mereka.

Hassan Al-Basri mencoretkan gambaran model terbaik generasi sahabat r.a. Katanya: “Telah zahir dari kalangan mereka tanda-tanda kebaikan, rupa, petunjuk dan kebenaran di langit, pakaian mereka yang ringkas dan berpada, lagak jalan penuh tawadhu’, logik yang disusuli amal, makan dan minum dari rezeki yang baik, ketundukan mereka dengan sentiasa melakukan ketaatan kepada tuhan mereka, dipandu dengan kebenaran samada pada perkara yang mereka suka atau benci, memberi apa sahaja demi kebenaran dari jiwa mereka, memandang ringan kemurkaan makhluk demi mencapai redha Allah, lisan mereka sibuk berzikir, mereka mengorbankan darah mereka ketika diminta pertolongan, juga harta ketika dalam keadaan memerlukan wang, indah akhlak mereka dan mulia perlakuan mereka.”

Para sahabat telah memberikan gambaran terbaik tentang hakikat ad-Deen dalam bentuk yang terang dan mulia di kalangan manusia. Mereka tegar menghadapi ujian dan cobaan, meninggalkan jalan rukhshah (pilih jalan azimah) yang mungkin menjadi sebab fitnah kepada golongan yang tidak beriman.

Lihatlah kehebatan dan kekuatan Abdullah b. Huzaifah as-Sahmy, sahabat Rasulullah SAW yang ditawan Rom. Beliau telah diuji dengan ujian yang dahsyat agar keluar Islam. Beliau telah disalib, dipanah dengan busur, dicampakkan dalam bekas air yang mendidih. Raja bertanya: “Mengapa kamu menangis?” Kata Abdullah: “Aku bercita-cita diberikan 100 nyawa agar dicampakkan seperti ini demi kerana Allah (mempertahankan iman).” Maka Raja Rom berasa hairan dan takjub dengan pendirian sahabat Rasulullah s.a.w.

Apabila penduduk negara-negara pembukaan Islam (al-fath al-islami) melihat perilaku, akhlak dan kebenaran akidah yang dibawa oleh para sahabat r.a, melihat kethabatan akidah mereka, contoh unggul para sahabat r.a. kepada manhaj Islam, lantas mereka terus menerima (memeluk) Islam.

Ibnu Qaiyyim mencoretkan kenapa ramai orang-orang Nasrani tertarik dan memeluk Islam. Ini adalah qudwah dan contoh yang baik yang telah ditunjukkan oleh para sahabat r.a. Kata Ibnu Qaiyyim: Sesungguhnya kami telah berdakwah, juga orang yang selain kami turut berdakwah pada ramai ahli Kitab kepada Islam, mereka memberitahu kami bahawa halangan bagi mereka (memeluk Islam) adalah apabila mereka sikap dan contoh yang ada pada orang Islam. Ungkapan ini dilontarkan oleh Ibnu Qayyim pada abad 8 hijrah. Bagaimana pula pandangan beliau apabila melihat realiti umat islam yang berbeza pada abad ini.

Seorang Daie boleh jadi seorang yang terkenal di dalam masyarakat atau tidak dikenali di sisi mereka. Apabila beliau melalui jalan dakwah, maka sifat istiqamah, warak adalah kunci penerimaan manusia akan dakwahnya. Ia akan menjadi pendorong manusia menerima risalahnya dan kata-katanya berbekas ke lubuk hati manusia.

Sebaliknya jika Sang Daie tadi tidak menunjukkan contoh yang baik dari aspek komitmen keislamannya, maka kata-katanya ibarat panah yang tidak mencapai sasaran.

Al-Mawardi di dalam kitab “Adab ad-Dunya wa ad-Deen” mengungkapkan kata-kata Ali b. Abi Talib: Sesungguhnya manusia menjadi zuhud di dalam menuntut ilmu tatkala mereka melihat sedikit sekali untuk manfaatkan ilmu yang mereka tahu.. telah dikatakan sebaik-baik kata apa yang dipraktikannya, sebaik-baik yang betul apa yang disebutkan, sebaik-baik ilmu apa yang ditanggungnya [diamalkan & bermanfaat].

Kata orang-orang solih: Ilmu sentiasa memanggil (berteriak) kepada amal, jika kamu menyahutnya maka bergunalah (ilmu) tersebut kecuali ia akan pergi (berlalu ) sahaja. Sebahagian para pujangga bahasa pernah berkata: Daripada kesempurnaan ilmu ia menggunakannya (beramal dengannya) manakala daripada kesempurnaan amal pula ia membebaskannya iaitu bersungguh-sungguh melaksanakannya sedikit demi sedikit.

Sang Daie yang tidak dikenali manusia, maka kata-katanya kekal tergantung, tidak ada yang menerima atau menolak. Jika manusia mengenali daya istiqamah dan contoh yang boleh diikuti maka kata-katanya berada di posisi penerimaan dan bulatan pengaruh.

Sebenarnya kehidupan seorang Daie samada bersifat umum atau khusus menjadi tempat pemerhatian semua manusia. Mata-mata manusia sentiasa memerhati dan menilai keperibadiannya. Manusia akan menjadi pembesar suara terhadap apa yang dia lakukan. Sebelum Sang Daie meminta manusia meninggalkan ghibah (membicarakan keburukan dirinya) maka sewajarnya ia menolak ghibah dan tohmah ke atas dirinya dahulu. Sang Daie hendaklah sentiasa menjaga kehidupannya yang bersifat umum atau khusus sebelum terbongkar pekung dirinya (terdedah keaibannya).

sumber: Blog Maalim Fi Tariq (Petunjuk Sepanjang Jalan)
Ustaz Mohd Azizee Hasan
YDP ISMA Seremban

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s