Lambakan Program : Ada Penyelesaian?

Mengatur objek adalah mudah, tapi bila objek nya adalah manusia..banyak hal akan jadi subjektif. Ramai antara kita suka untuk ber-program, mengisi masa lapang atau pun sekadar mengisi celah-celah masa yang kadang tak berapa nak cukup walaupun untuk diri sendiri. Tapi, dengan memperbanyak program dan aktiviti bersama masyarakat, adakah program-program itu akan menyelesaikan banyak masalah pemuda hari ini?

Sebab itu kerja kita bukan programme-oriented, tapi objective-oriented. Buat kerja dengan beragenda, selesaikan satu-satu halangan dan pertingkat potensi yang ada. Bila objektif yang besar tak ada, tapi diri sendiri sibuk mahu bekerja – itu namanya membuang masa. Ibarat satu cerita. Pasukan Brazil yang beradu tenaga dengan pasukan Malaysia dalam satu perlawanan bola sepak, selepas bermain sehingga minit ke 90, tak ada walau satu pun gol yang dapat dijaringkan. Kenapa? Rupa-rupanya sebab tiada tiang gol pada dua sisi padang bola sepak tersebut. Macamana nak menang bila tak ada gawang gol ?

Tugas kita bukan untuk mengadakan program yang banyak asal nampak hebat dan gah di mata masyarakat, tapi objektif program perlu jelas dan tahu untuk menyelesai masalah. Objektif datang dulu, baru fikirkan program. Bukan dah siap fikir program, baru tertanya-tanya apa objektifnya.

Siapa yang bekerja menurut budaya ini, maka dia bersama kita.

Apa agenda kita?

Agenda kita adalah mengubah manusia menjadi lebih baik dengan berinteraksi secara langsung (kata-kata lisan) atau pun tidak langsung (qudwah hasanah), melalui wasilah tertentu dan manhaj tertentu. Ini lah definisi tarbiyyah.

Bila tidak berlaku perubahan yang lebih baik pada diri seseorang yang mengikuti tarbiyah, maka tarbiyyah belum betul-betul mengesani kehidupannya. Sama ada kesilapan itu datang dari pelaku itu sendiri, atau pun dari kelalaian murabbi yang tidak fokus dalam mendidik anak buahnya.

Mari saya kisahkan seorang tokoh Islam terkenal yang tak asing lagi dari telinga kita, iaitu kisah Sultan Muhammad bin Murad II. Siapa? Beliau lah pembuka kota Konstantinople sehingga digelar ‘Al-Fateh’ kerana jasanya yang besar di dalam sejarah Islam yang lalu. Kehebatan Sultan Muhammad tak perlu disangkal, bila beliau mampu menguasai tujuh bahasa di sepanjang hidupnya; bahasa Arab, Latin, Hebrew, Greek, Serbia, Turki dan Parsi. Peribadi soleh yang ditunjukkan sebelum menjadi sultan sehinggalah diangkat menjadi sultan dan khalifah, sudah berkali-kali kita dengar agaknya. Tak pernah sekali-kali meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat sunat tahajud. Kita pula? Mudah-mudahan terus berusaha untuk lengkapkan semuanya.

Tokoh sehebat ini, sudah tentu lahir dari proses pentarbiyahan yang hebat juga. Melalui program-program pentarbiyahan yang terfokus dan bukan caca-merba. Jika kita gagal untuk merancang program tarbiyah dan aktiviti dakwah dengan cermat, maka sebenarnya kita telah gagal untuk mengesani masyarakat padahal masa dan umur kita tidak lah lama mana di dunia ini. Jika gagal semua ini, maka individu hebat yang bagaimana kita impikan pada masa depan? Ambil lah wasiilah baalighah [cara yang sampai] dalam bekerja untuk mencapai kemakmuran dunia (ustaziyatul ‘alam), melalui 7 maratib amal yang telah kita imani.

One thought on “Lambakan Program : Ada Penyelesaian?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s