Majlis Mahabbah ISMA Jordan 2010/1431 meriah!

IRBID,10 Zulhijjah – Satu majlis khas sempena Hari Raya Aidil Adha telah diadakan bertempat di ruang solat wanita, Masjid Abdullah At-Tal. Seramai 150 mahasiswa/wi hadir untuk memeriahkan Majlis Mahabbah Aidil Adha ISMA Jordan 2010-1431 (MAHABBAH). Majlis dimulakan dengan aluan pengerusi majlis, saudara Mohd Ali Mohd Zaki yang kemudiannya diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh saudara Shahier bin Sa’min. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengerusi ISMA Jordan, Muhammad Syamil bin Mohamad Salmi. Hadirin kemudiannya dipersembahkan dengan tayangan Video Korporat ISMA Jordan. Dalam majlis MAHABBAH kali ini, majlis dserikan lagi dengan ceramah khas Aidil Adha oleh YDP ISMA Seremban, Ustaz Mohd Azizee Hassan. Bagi menambah perencah kemeriahan suasana hari raya, hadirin disajikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Rayyan dengan 2 buah lagu (Taklifan & Satu Pagi di Hari Raya). Bersempena dengan kemeriahan majlis MAHABBAH kali ini juga, ISMA Jordan telah mengambil kesempatan atas kehadiran Ustaz Azizee yang juga merangkap Ketua Setiausaha Biro Pembangunan Sumber Manusia (HRD) ISMA Pusat bagi merasmikan pelancaran laman web rasmi ISMA Jordan. Hadhirin-hadhirat kemudiannya menikmati jamuan hari raya sebelum majlis bersurai pada jam 10.30 pagi. Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan lancar dan kebanyakkan pelajar yang hadir merasa gembira dengan majlis yang dianjurkan.

One thought on “Majlis Mahabbah ISMA Jordan 2010/1431 meriah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s