MIKRAJ : Pemuda dan Perubahan

Irbid, JORDAN – Sekumpulan akhawat Pelajar Perubatan, Pergigian dan Pengajian Islam telah berjaya berkumpul untuk sama-sama berada dalam sebuah program bulanan MABIT [malam bina iman dan taqwa] atau lebih dikenali sebagai MIKRAJ jika di Jordan. Bersimbolkan perjalanan Rasulullah s.a.w dari dunia ke Sidratul Muntaha, begitulah ruh peserta-peserta yang turut serta dalam program MIKRAJ ini. Istilah MIKRAJ terbina dari ‘Malam Retreat Akhawat Jordan’, diadakan dengan motif untuk mengumpulkan jiwa-jiwa muslim untuk menghidupkan kembali ruhiyah yang dah lama lesu. Di samping qiamullail pada malamnya, riadhah istimewa yang dinamakan Perang Lilin Suci turut dinikmati para peserta program pada pagi esoknya.

Dengan tema ‘Pemuda dan Perubahan’, program kali ini menampilkan penekanan kepada isu bahawa di dunia ini manusia akan menjadi mulia hanya jika mereka berusaha seperti nabi, menyampaikan risalah. Kerja utama kita adalah meninggikan kalimah allah taala di bumi, jadi tanggungjawab ini semua bermula dengan perubahan diri. Perubahan yang hendak dihasilkan adalah berbentuk taghyir islami. Yakni, kita bukan mahu mengislamkan semua orang di dunia, akan tetapi yang terpenting untuk perubahan ini adalah, pembinaan sekumpulan tulang belakang perubahan – ibarat tapak asas pembinaan amat penting bagi sebuah rumah, sama pentingnya untuk pembinaan sebuah ummah.

Menurut salah seorang peserta program, Ukht Zaharah, MIKRAJ kali ini berjaya meyakinkan beliau dengan ayat Allah taala di dalam surah Ar-Ra’d Juz 13 yang bermaksud;

‘..Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..’

<p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s