Berfikir dalam kerangka minda 100 Degree Celcius

Pada 15-21 September yang lalu, saya berangkat ke negara Australia bagi mengisi program dakwah dan tarbiyah di sana. Turut bersama saya ialah al-Fadhil al-Murobbi Ustaz Mohd Rusdi b. Alias selaku Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia ISMA Pusat. Suasana masih lagi dalam kemeriahan Syawal dan kesibukan manusia saling kunjung mengunjung antara satu sama lain. Namun kami bertolak ke Bumi Kanggaro atas masuliyah dakwah dan tarbiyah bertemu dengan para pelajar di sana.

Jam menunjukkan 9.30 malam, kami berlepas dari KLIA menaiki pesawat MAS meluncur terus ke Adelaide yang mengambil masa 8 jam. Tepat jam 6.00 pagi kami pun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide. Kami terpaksa mengharungi tempoh masa yang panjang di imigrisen selama 3 jam akibat disoal siasat oleh pegawai kastam di sana. Memang tahap sekuriti untuk masuk ke Australia amat tinggi. Mungkin fenomena Islamophobia masih menebal di kalangan warga Barat kesan pasca 11 September.

Pihak Kastam Australia terpaksa memanggil salah seorang pegawainya yang dapat bertutur Bahasa Arab. Namanya “Laila” berasal dari Lubnan tetapi telah menetap dan bekerja di Australia untuk menyoal kami. Alhamdulillah akhirnya dapat juga masuk. Saya sepanjang tempoh tersebut berdoa agar Allah memudahkan segala urusan dan kesulitan yang dihadapi. Mudah-mudahan pengalaman ini menjadi tarbiyah yang bermakna buat saya bahawa setiap kesusahan ada kemudahan. Kebergantungan kita yang amat tinggi kepada Allah adalah rahsia dan puncak ketenangan kita pada Allah.

Saya disambut oleh akh Azmir, beliau bertugas sebagai doktor di Adelaide. Merupakan orang Negeri Sembilan, sudah berkahwin dan bekeluarga. Seusai bersarapan di rumahnya kami dibawa ke rumah anak-anak muda yang belajar di Australia. Di sini saya mengenal Sdr. Umair Haqqan, Mujahid, Akh Zairil dan lain-lain lagi. Umair Haqqan adalah pelajar tahun 3 Kejuruteraan, pernah belajar di MRSM Jasin, tinggal pun bersebelahan sekolah saya iaitu Seremban Jaya. Perkenalan (taaruf) ringkas ini akan menjadi asas kepada binaan dakwah dan jamaah ini.

Pada petangnya, kami bertolak ke rumah YDP ISMA Australia iaitu Dr. Zaki b. Ibrahim. Kami menginap dan tinggal untuk tempoh lima hari berada di Australia. Ini merupakan kali kedua saya bertandang ke rumah beliau. Beliau merupakan anak kelahiran Bidong, sudah bertugas dan menetap di bumi Adelaide 15 tahun lebih. Sekarang bekerja sebagai doktor pakar kekeluargaan. Isterinya pula sebagai doktor gigi. Beliau meraikan kami dengan sebaik-baiknya. Muamalah dan komunikasi yang berkesan amat menyenangkan saya. Semangat dan motivasi beliau ketika berbicara membangkitkan idea-idea dan himmah yang baru. Beliau sekarang adalah YDP ISMA Australia. Di sinilah bumi beliau mendapat kesedaran dakwah, beliau membesar bersama-sama anak-anak muda di sini, menimba dan menghirup air mata tarbiyah dari para murobbi, beliau memimpin amal sehingga diamanahkan memikul masuliah YDP. Moga beliau terus thabat di atas jalan ini, jalan dakwah dan tarbiyah.

Pada malamnya kami diziarahi oleh beberapa penggerak dakwah di Bumi Adelaide, ada yang pernah saya temui dan ada yang baru saya kenal. Apa yang sempat saya kongsikan bersama mereka pada malam tersebut ialah:

1. Apabila orang bertanya: “Apakah jamaah IM?”. Maka jawab Al-Banna: “Jamaah Tarbiyah”. Saya membuat satu penegasan bahawa ISMA wajib memikul jenama ini. Jamaah kita adalah berteraskan tarbiyah. Core bussines kita tarbiyah. Inilah yang membezakan kita dengan harakah yang lain. Kekuatan organisasi wajib berasaskan paksi tarbiyah. Tarbiyah dulu, kini dan selama-lamanya.

2. Tarbiyah bukan talqin tapi adalah satu proses tanmiyah (pengembangan). Tarbiyah adalah satu uslub yang paling terbaik untuk berinteraksi dengan fitrah manusia melalui taujih (pengarahan) secara langsung atau tidak langsung. Secara langsung adalah menerusi perkataan manakala tidak langsung menerusi contoh terbaik sesuai dengan manhaj dan method tertentu untuk melakukan PERUBAHAN kepada manusia kepada yang lebih baik.

3. Tarbiyah bukan sekadar orientasi ta’lim, pengajaran semata-mata tetapi menjurus kepada taghyir. Perubahan dari teori kepada suluk (perilaku) sehingga menjadi sikap dan budaya dalam hidup. Tarbiyah yang menukar manusia dari ordinary person kepada superior person.

4. Tarbiyah mesti melalui tiga tahap iaitu tahap ta’rif, takween dan tanfiz. Ta’rif melalui proses penyebaran (tabsyir) dan tajmik (pengumpulan). Kemudian takween dengan proses selektif (memilih anasir dakwah) dan menyusun mereka di dalam tanzim . Akhirnya ke tahap tanfiz (pelaksanaan) iaitu marhalah beramal dan bekerja ke arah penegakan daulah dan khilafah.

5. Kejayaan tarbiyah bergantung kepada faktor utama iaitu kekuatan MUROBBI. Murobbilah yang akan memastikan liqa menjadi usrah produktif, faktor asasi membentuk individu selaras dengan marhalah yang dilalui individu tersebut serta merubah badi teori kepada praktik sehingga membentuk suluk (perilaku).

6. Mengingatkan semula pengasas awal Ikhwanul Muslimin Imam Hasan al-Banna katanya:

“Wahai ikhwan! Kamu berada di fasa pembentukan maka janganlah kamu dilalaikan oleh fatamorgana dari membuat persiapan yang sempurna. Gembelingkan 90% waktu kamu untuk urusan pembentukan ini dan gunakan 10% bagi untuk urusan kamu sehingga kamu menjad kuat dan sempurna persiapan kamu. Ketika itulah Allah akan memenangkan kamu dengan kebenaran.”

“Sesungguhnya peperangan kita adalah peperangan tarbawiyah..”

7. Untuk menjayakan agenda tarbawi ini, para murobbi wajib melaksanakan 4M iaitu:
Merancang [Takhtit]– aktiviti tarbiyah
Menugas [Tauzif] – tugasan ahli usrah
Mengarah [Taujih] (penalaan) pada setiap ahli yang sesuai dengannya.
Menyelesaikan masalah [Hulul Musykilah] ahli-ahli usrah.

Ustaz Mohd Azizee bin Hasan,
YDP ISMA Seremban
Blog: Petunjuk Sepanjang Jalan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s